Saturday, 5 November 2011

MALU BERTEMPAT

ASSALAMUALAIKUM,,,


    Sesungguhnya malu merupakan sifat yang paling utama yang dapat menjauhkan manusia daripada perbuatan rendah akhlak dan mencegahnya dari keruntuhan moral dan bergelumang dengan dosa. Sebagaimana malu juga merupakan faktor pendorong yang utama pada perbuatan mulia. 


Istilah al-hayaa’u (malu) berasal dari perkataan al-hayaatu (hidup). Hujan disebut kehidupan kerana dengan adanya hujan bumi dan tumbuh-tumbuhan dapat hidup. Begitu juga dengan malu iaitu disebut sebagai kehidupan dunia dan akhirat. Oleh itu, mereka yang tidak mempunyai sifat malu dianggap mati di dunia dan akan menderita di akhirat.

Ini kerana, malu adalah merupakan kunci kepada kebaikan: Hadis yang diriwayatkan oleh Bukhari dalam kita Al-ADAB, sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud:“ malu itu hanya mendatangkan kebaikan “

Malu merupakan asas yang kuat untuk membentuk iman yang utuh. Allah s.w.t mengkhususkan sifat malu ini kepada manusia agar mereka terhindar dari keburukan dan kehinaan agar mereka tidak sama seperti binatang yang menerkam segala yang diingininya tanpa rasa malu.


Apa sebenarnya yang saya nak kaitkan dengan konsep malu ini adalah dengan diri kita sendiri sebagai seorang guru merangkap kaunselor di sekolah mahupun di mana jua kita berada yang akan membawa diri kita sebagai kaunselor. Sebelum menjadi kaunselor lagi, kita dilatih menjadi seorang kaunselor yang ada sifat malu tapi bertempat. Tegas saya di sini mengatakan bahawa malu mestilah bertempat.
Contohnya, dalam menuntut ilmu, kita tak boleh bawa perasaan malu itu bersama. Kalau malu sentiasa berdampingan dengan diri kita, tipislah peluang kita untuk menonjolkan diri sekaligus menjadi insan yang berjaya.
Oleh itu, kita boleh bawa perasaan malu bersama-sama dengan kita tetapi adakalanya kita perlu tinggalkan 'dia' untuk utamalkan diri kita terlebih dahulu.

                                                    ALAHAI PEMALUNYA KUCING NI

0 comments:

Post a Comment