Sunday 9 June 2013

Mimpi bertemu Rasulullah

Assalamualaikum


Bismillahirrahnirrahim...


mulakan semuanya dengan kasih sayang...


Tetibe nak citer kat blog sebab rasa seronok tengok kawan2 ceritatentangheart mereka melalui blog...

Bukan nak cerita saya mimpi bertemu Rasullullah S.A.W... tapi sejak akhir-akhir ni hati asyik fikir "kalau la aku mimpi bertemu Rasullah S.A.W.... ALLAHUAKBAR... hanya Kau yang tahu perasaan hamba-Mu ini...

Hanya ummat yang terpilih akan dapat peluang sebegini...

Dulu hati pernah keliru betul ke ada manusia yang mimpi bertemu Baginda? adakah mainan tidur semata-mata? Kekeliruan hati mula terungkai setelah membaca beberapa Hadith mengenai perkara ini...


Rasulullah saw bersabda (mafhumnya):

“Sesiapa yang bermimpi melihat daku dalam tidurnya, maka sesungguhnya dia telah melihat daku. Sesungguhnya syaitan tidak berupaya untuk menyerupai daku, apabila dimimpikan dalam tidur seseorang.” (Riwayat Muslim dan Ibnu Majah)
“Sesiapa yang bermimpi melihat daku dalam tidurnya, maka dia akan bertemu dengan aku secara sedar (yaqazah) dan syaitan tidak boleh menyerupai aku di dalam mimpi.” (Riwayat Bukhari dan Muslim)

“Sesiapa yang melihat daku dalam mimpinya, maka sesungguhnya dia melihat yang benar (haq).”

Al-Qadi `Iyaadz menyebut, beliau menukilkan daripada ulama muktabar, katanya: “Allah mengkhususkan mimpi yang benar, hanya mimpi bertemu Rasulullah saw, kerana Allah menjaga kekasihnya, dari ditiru oleh musuh Allah (syaitan) untuk menyesatkan manusia.

Al-Imam an-Nawawi dalam syarah Muslimnya, ada menyebut:

“Mimpi berjumpa Rasulullah adalah mimpi benar, sama ada di dalam keadaan Rasulullah benar-benar dalam kenabiannya ataupun tidak.”

Dalam usaha untuk memperbaiki diri menjadi Hamba Allah yang beriman, diri ini juga perlu berusaha untuk menjadi Ummat Muhammad yang sentiasa merindui Baginda...

Tiada alasan untuk Ummat Baginda menyatakan kesibukan dunia sebagai penghalang daripada mengingati Baginda,,,

Selawat merupakan salah satu cara paling mudah sebagai tanda kita meirndui Baginda dan sentiasa mengingati Baginda...


In Shaa Allah akan sentiasa hiaskan bibir dengan SELAWAT... sebelum tidur, masa bawak motor, masa drive.... x payahla nak nyanyi2... hehe


yang paling penting.... x perlu ok untuk kumat kamitkan mulut masa berselawat nieh.. motif sangat kan.... selawat melalui hati sudah memadai... biarkan tiada sape  yang tahu, kerna niat hati hanya untuk Rasullullah, bukan untuk manusia-manusia di sekeliling kita...


Segala yang tertulis hanya perkongsian, nasihat untuk diri sendiri dan UMMAT yang sudi menerimanya sebagai pengetahuan...


Moga doa di bawah ini juga akan menjadi doa amalan harian kita... 

In Shaa Allah...








Saturday 12 November 2011

MAKE ME STRONGER,,,!!!

ASSALAMUALAIKUM,,,

ALHAMDULILLAH,,, kupanjatkan kesyukuran kepada Ilahi kerana telah berjaya melaksanakan Program Motivasi MAKE ME STRONGER,,, untuk berkongsi mengenai program ni, saya rasa saya tak perlu buat ayat panjang-panjang (malas sebenarnye). Korang pon malas nak baca karangan panjang-panjang kan,,, Cukup dengan sekadar perkongsian melalui gambar,,,

PROGRAM : MAKE ME STRONGER
TARIKH : 10, 11 DAN 12 NOV 2011
TEMPAT : SMK ROMPIN PAHANG
PESERTA : PELAJAR TINGKATAN 1, 2, 3 DAN 4 (82 orang, 29 LELAKI 53 PEREMPUAN)
FASILITATOR : 10 ORANG




Ucapan terima kasih yang tak terhingga kepada
1. Pensyarah kami En Ab Aziz bin Mohd Yatim
2. Geng Make Me Stronger
3. Fasi yang banyak berkorban dan membantu (Fifah, Ilias, Thirah n Zul)
4. Pihak sekolah
5. Warga CATALYST
6. Peserta program (adik-adik yg STRONG)


                                         (9 nov 2011-RABU)


                                            MASA NAK BERTOLAK (2 PTG)













ALHAMDULILLAH SAMPAI SUDA (11.40 MLM)





(10 NOV 2011-KHAMIS)

PERSIAPAN TEMPAT (9 PG)





SLOT 1 : ICE BREAKING-BILA TIRAI DIBUKA (5 PTG)





















SLOT 2 : POKOK (8.45 MLM)


















(11 NOV 2011-JUMAAT)

SLOT 3 : EKPLORASI MINDA (3 PTG)














                                             SLOT 4 : MAKE ME STRONGER (8.45 MLM)






















(12 NOV 2011-SABTU)


SLOT 5 : GELANG SI PAKU GELANG (7.45 PG)









SLOT 6 : I'M STRONGER (9 PAGI)














TERIMA KASIH SEKALI LAGI DIUCAPKAN KEPADA SEMUA YANG TERLIBAT DALAM MENJAYAKAN PROGRAM INI. DIHARAP MELALUI PROGRAM SEBEGINI AKAN MEMBANTU KAMI MEMANTAPKAN DIRI KAMI MENJADI SEORANG GURU DAN KAUNSELOR YANG BITARA. SEGALA PENGALAMAN AKAN DIKUTIP DAN DIJADIKAN SEBAGAI PEMBERIAN DARIPADA ALLAH YANG PALING BERHARGA DAN BERMAKNA. SALAM INGATAN JUGA KEPADA SELURUH WARGA SMK ROMPIN YANG BEKERJASAMA MENJAYAKAN PROGRAM INI. HARAPAN KEPADA PESERTA ADALAH SUPAYA MEREKA BUKAN SEKADAR MENYERTAI PROGRAM INI TETAPI MERASAINYA,,,, INSYAALLAH,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,

JOM POSING!!







































penghargaan dr pihak SMK Rompin

kenangan dr adek umirah,,, luv her,,,