AssALaMuLaiKuM,,,
tEstiNg!!!
Kehadapan sahabat-sahabat saya yang semuanya terdiri dalam kalangan bakal kaunselor bitara!!
Bagaimana dengan perkongsian saya yang lepas?
Pelajar VS disiplin?
Kali ni saya nak kongsi mengenai FORMULA yang pernah saya katakan pada post saya yang lepas,,, bila saya fikir-fikir balik, formulanya adalah CAMPUR. Kenapa saya katakan campur?
PELAJAR + DISIPLIN
Macam mana kita nak campurkan antara dua elemen ini? Dan apakah hasilnya? Di sini terdapat beberapa cara untuk kita satukan antara pelajar dan disiplin :
1. Terapkan nilai disiplin bermula dari rumah lagi.
Penerapan awal akan membuatkan pelajar lebih sebati dengan disiplin dan
mampu mengikuti disiplin dengan mudah.
2. Jadikan disiplin sebagai 'uniform' pelajar, bukan sebagai peraturan.
Jika kita sudah mindset kan kepada pelajar bahawa disiplin itu peraturan
yang perlu pelajar ikuti, dengan sendirinya pelajar akan mindset diri mereka
untuk cuba tidak mematuhi disiplin tersebut.
3. Wujudkan tanggungjawab dalam diri pelajar
Rasa tanggungjawab ini boleh wujud dengan beri penghargaan dan
kepercayaan kepada beberapa orang pelajar supaya dengan sendiri mereka
akan ada rasa tanggungjawab untuk mematuhi disiplin dan sekaligus
mengajak rakan lain turut mematuhi disiplin. Contoh : Lantik pelajar
sebagai pengawas, ketua kelas, ketua dom dan sebagainya.
Kita cuba dulu tiga cara di atas. Kalau kita senaraikan seberapa banyak cara tapi langsung tidak berkesan, tiada guna,,,,
~salam perkongsian~
Kita cuba dulu tiga cara di atas. Kalau kita senaraikan seberapa banyak cara tapi langsung tidak berkesan, tiada guna,,,,
~salam perkongsian~
0 comments:
Post a Comment