Monday, 24 October 2011

ENERGIZER

ASSALAMUALAIKUM,,,

Apa itu energizer? mengikut kefahaman dan pembelajaran saya, energizer tu boleh dikatakan sebagai refreshment yang berfungsi untuk mengembalikan tenaga setelah tenaga itu berkurangan atau hampir hilang. Contohnya, ketika di dalam kelas, kita akan berasa semakin bosan + mengantuk + letih. Jadi, penguasaan terhadap energizer ini amat penting terutama sekali kepada insan yang bergelar CIKGU. Nanti, takdalah kita rasa gugup atau blurr bila hadapi situasi pelajar yang mengantuk dan bosan dalam kelas. 
Banyak energizer yang boleh kita lakukan. Ada dalam bentuk nyanyian, permainan, teka-teki, senaman, tepukan dan sebagainya. 

Video di bawah ni merupakan satu contoh energizer yang saya tak pernah buat. Saya dapat dari youtube. Banyak contoh energizer yang boleh kita ikut dan praktikkan sendiri. Apa yang penting kita kena berani semasa nak lead sesuatu energizer tu,,,




Kepada anda yang tak pernah jumpa energizer seperti video di atas, boleh cuba sendiri dengan rakan-rakan. 

~salam perkongsian~

KAUNSELING TERAPI MUZIK

ASSALAMUALAIKUM,,,


Anda stress?? Sedikit perkara yang saya nak kongsi seandainya anda mengalami stress! Kali ni berbeza sedikit sebab saya gunakan pendekatan MUZIK TERAPI untuk kurangkan dan hilangkan stress. 
Menurut Gfeller & Thaut (1999), mendengar muzik boleh menghilangkan stress. Muzik juga boleh mengurangkan kadar denyutan jantung iaitu tanda relaksasi. Tapi, pada pendapat saya, ada muzik yang boleh buatkan kita semakin stress,,, 

CONTOHNYA :


Muzik macam ni janganlah kita dengar semasa stress. Nanti tak pasal-pasal pecah laptop.


Ada juga muzik yang menenangkan,,,
CONTOHNYA :




Ha... kan sedap telinga denagr muzik macam ni,,,
Kalau anda nak cuba, ikut langkah-langkah ni :
1. Mainkan muzik yang menenangkan (kira-kita 20 minit)
2. Duduk atau baring dalam keadaan paling selesa
3. Pilih muzik yang berentak perlahan (72 beat seminit)
4. Biarkan muzik meresapkan minda dan tubuh anda
5. Fokus kepada pernafasan untuk relaksasi


SEDIKIT TIPS
1. Apabila kita letih bekerja, pilih muzik yang berentak laju atau kuat.
2. Apabila kita melalui saat-saat sukar, pilih lagu yang mengembalikan nostalgia seperti lagu pada zaman kanak-kanak.
3. Semasa berjalan-jalan atau bersiar-siar, pilih lagu kegemaran dan pasang pada walkman.


Cuba anda klik http://e-hazni.com/index.php?option=com_content&view=article&id=18&Itemid=47
 Rasailah sendiri,,,


~salam perkongsian~



Friday, 21 October 2011

PENGALAMAN AKU,,,

ASSALAMUALAIKUM,,,


TESTING2!


Hari ini saya nak kongsi dengan anda semua tentang pengalaman saya yang sebesar zarah dalam dunia 'guru bimbingan dan kaunseling sekolah'. Pengalaman ni saya dapat tatkala saya menjejakkan kaki ke UPSI ini,,, 
Walaupun kadang kala ia menguji keimanan dan ketakwaan saya sebagai seorang gadis hehe dan mahasiswi,,, di sebalik cabaran itu saya dapat sesuatu yang sangat bermakna dan berguna yang saya sendiri boleh jadikannya sebagai pakaian saya apabila bertugas di sekolah nanti,,,

cuba tengok gambar-gambar ni,,, mesti anda semua tahu pengalaman apa yang saya maksudkan,,,,, 












 Pengalaman sebeginilah yang saya anggap paling berguna untuk saya dan rakan-rakan seperjuangan,,, (sebenarnya ada lagi beberapa pengalaman di sekolah-sekolah lain, tapi hanya gambar ni saje yang ada dalam simpanan saya,,,) banyak lagi pengalaman lain yang boleh saya kutip untuk dimasukkan  ke dalam 'poket'  saya yang masih lagi banyak kekosongannyer,,,

~salam perkongsian~

Sunday, 16 October 2011

CAMPUR...!!

AssALaMuLaiKuM,,,
tEstiNg!!!

Kehadapan sahabat-sahabat saya yang semuanya terdiri dalam kalangan bakal kaunselor bitara!!
Bagaimana dengan perkongsian saya yang lepas? 
Pelajar VS disiplin?
Kali ni saya nak kongsi mengenai FORMULA yang pernah saya katakan pada post saya yang lepas,,, bila saya fikir-fikir balik, formulanya adalah CAMPUR. Kenapa saya katakan campur? 

                                                PELAJAR + DISIPLIN

Macam mana kita nak campurkan antara dua elemen ini? Dan apakah hasilnya? Di sini terdapat beberapa cara untuk kita satukan antara pelajar dan disiplin :

1. Terapkan nilai disiplin bermula dari rumah lagi.
     Penerapan awal akan membuatkan pelajar lebih sebati dengan disiplin dan
     mampu mengikuti disiplin dengan mudah.
2. Jadikan disiplin sebagai 'uniform' pelajar, bukan sebagai peraturan.
     Jika kita sudah mindset kan kepada pelajar bahawa disiplin itu peraturan
     yang perlu pelajar ikuti, dengan sendirinya pelajar akan mindset diri mereka
     untuk cuba tidak mematuhi disiplin tersebut.
3. Wujudkan tanggungjawab dalam diri  pelajar
     Rasa tanggungjawab ini boleh wujud dengan beri penghargaan dan
     kepercayaan kepada beberapa orang pelajar supaya dengan sendiri mereka
     akan ada rasa tanggungjawab untuk mematuhi disiplin dan sekaligus
     mengajak rakan lain turut mematuhi disiplin. Contoh : Lantik pelajar
     sebagai pengawas, ketua kelas, ketua dom dan sebagainya.      


      Kita cuba dulu tiga cara di atas. Kalau kita senaraikan seberapa banyak cara tapi langsung tidak berkesan, tiada guna,,,,


~salam perkongsian~                                              


                                                                  
                                                                         

Friday, 14 October 2011

PELAJAR VS DISIPLIN

ASSALAMUALAIKUM,,,
tEstiNG ! ! 

Pelajar VS disiplin,,,
Apa kaitan pelajar dan disiplin?
Dalam sekolah ada pelajar, dalam diri pelajar perlu ada disiplin...
Perkara inilah yang ingin saya kaitkan antara pelajar dan disiplin. Saya sebagai bakal kaunselor di sekolah perlu cari formula untuk menggabungkan dua elemen ini (pelajar dan disiplin) supaya menjadi satu ungkapan yang amat harmoni, damai dan indah dek pandangan mata ataupun pendengaran telinga.

      Masalah disiplin boleh dikaitkan dengan kegagalan pelajar di sekolah untuk mematuhi peraturan yang telah ditetapkan. Isu ini menjadi perbualan hangat masyarakat lantaran kegagalan golongan pendidik untuk membentuk sahsiah pelajar. Jadi, apakah faktor yang mendorong masalah ini berlaku dan apakah peranan yang boleh dilakukan oleh saya dan catalystkini.blogspot.com iaitu sebagai bakal kaunselor bitara??

    Contoh sahsiah pelajar di sekolah yang saya anggap sebagai melanggar disiplin sekolah adalah :








                       Cuba tengok gambar di bawah ni...
             mesti kita tak mahu situasi macam ni terjadikan,,,,


      Jadi, bagaimana ye kita nak cipta formula untuk menjadikan pelajar dan disiplin  menjadi satu adunan yang sebati dan cantik apabila dilihat, enak apabila ditelan, wangi apabila dicium dan nyaman apabila dirasa,,,??
      Ayuh kaunselor bitara! Cuci dan asah minda anda sekarang. Cipta FORRMULA untuk merealisasikan ADUNAN yang saya katakan di atas...

~salam perkongsian~